Di pagi Syawal yang hening sayup-sayup kedengaran suara takbir raya mendayu-dayu versi Mesir. Sang fajar mula menampakkan diri dicelah jalur-jalur benang hitam. Burung-burung hamamah berkicauan menyeri indah seri pagi Syawal. Saya membuka jendela, melihat jauh ke dasar langit yang semakin bersilau-silau itu. Terus cepat-cepat bersiap untuk menunaikan solat Aidilfitri bimbang terlepas lagi. Saya terus ke rumah jiran saya yang juga mahasiswa Al-Azhar. Sarapan sedikit sebagai mengambil berkat sunnah Rasulullah SAW.
Memandangkan saya di rumah keseorangan, rasa tiada mood untuk memasak walau seringkas sarapan pagi.
Kami terus bergerak ke Istad yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan menaiki van. Alhamdulillah, dalam keadaan kelam kabut dan gusar dihati bimbang tidak kenderaan ke sana, muncul sebuah van penumpang atau lebih dikenali dengan Tramco. Bergegas ke sana setelah diturunkan di Kubri Qahafah terus menapak ke Istad beramai-ramai bersama masyarakat Tanta lainnya. Sesampai ke Istad, solat raya sudah pun selesai dilakukan. Terasa hampa. Namun mujur ada sebilangan hadirin yang lewat turut sama menunaikan solat raya kembali. Bayangkan, bersolat di atas debu batu kerikil hanya beralaskan kain serban. Kalau di Suq Sayyarat beralaskan tar mungkin agak selesa.
Suasana di Istad seperti tahun-tahun sebelumnya, penuh sesak dengan masyarakat Tanta tidak kira kecil atau besar, lelaki atau wanita, muda atau tua semuanya berkumpul menjadi satu. Membuatkan diri tersepit dicelahan gelombang manusia. Manusia yang pelbagai rupa. Hakikatnya ciptaan Allah SWT itu cantik-cantik belaka. Saya cuba mendengar bait-bait khutbah raya, namun tidak jelas bunyinya. Sedar-sedar sudah selesai.
Bergerak ke Istad…
Beramai-ramai Solat bersama…
Khusyuk mendengat khutbah raya…
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.





asalamualaikum – apa khbaq , duduk kat mesir ada kelupak pulut ke…terima kasih kerana lawat blog saya. begitulah lebih kurang dalam hidup. semalam melawat pak shukur ( mantan timbalan pengarah harakah ) – seronok kami bercerita tengtang perjuangan orang lama ( saya orang baru kut…baru 35 )- kegetiran dan kekusaran yg amat sangat melihat percaturan politik yg tidak akan memenangkan kita : dalam kontek kehidupan semasa. dan saya pun lebih semangat untuk memantapkan kemampuan diri ( tu kena baca ayat2 cinta ) – untuk berhadapan dengan realiti…..
- jinggo -(Quote)
Wa’alaikumsalam..
Habaq baik..cmna raya?lemang pulut habis bapa katang..org terengganu panggil katang tu cm kerat2 la. Kelupak pulut tu apa?tak ada lagi. Kalau teringin nak makan, beli beras arab makan. Sebab dia punya spesis mcm pulut, makan je gerenti lena pastu:)
Encik ni banyak kenalan rakan-rakan sastera ya. Bagus, semoga banyak berkongsi pengalaman bersama mereka. Saya melihat era kejatuhan kapitalis semakin hampir. Mungkin Malaysia akan terima efek sama..
Setelah mantap, ajar saya pula ya:D
Ibnurashidi(Quote)
Salam Ibnurashidi..
Saya tercari-cari jejaka yang berjubah biru.. Agaknya dalam gambar tak clear sangat jubah yang berwarna biru atau birunya cuma light blue yang tidak berapa ketara
. Tapi bila disebut jadi host, so boleh agakla yang mana satu penulis blog ni..
Kadang-kadang beraya di rantauan tak kurang meriahnya dari di tempat sendiri. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Saya suka tengok budaya menyambut raya pelbagai umat Islam di dunia ini. Unik dan tersendiri. Ketika di Australia dulu, pelbagai masyarakat Islam menyambut raya mengikut budaya masing-masing. Bila duduk di oversea la baru tahu semua itu sebab di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia menyambut raya sama aje patern nya.
Tirana(Quote)
Salam Tirana..
Jangan mencari bimbang tersilap orang:)sengaja disebut biru, tak spesifikkan biru itu terang atau cerah atau blueblack. Kadang-kadang bersembunyi pun susah tak bersembunyi juga susah ya:D
Betul, bergantung kepada kita sendiri..Kalau terperap dirumah seorang diri rasanya menangis tak berlagu jawabnya. Cuba mencari ilham diluar, lihat masyarakat sekitar nescaya otak menjadi segar.
Agaknya kalau nak ubah pattern raya kat Malaysia macammana ya?mesti gosip panas nanti:)
Ibnurashidi(Quote)
Salam..terima kasih kerana lawat blog kak tie. Kak tie ni lagi laa.Tinggal di Malaysia pun langsung tak bergaul dgn jiran tetangga..bukan tak suka tapi rasa tak layak. Kak tie tak pandai berkawan, pendiam dan pemalu. Tapi kalau dalam blog rasa2nya kak tie boleh celoteh tanpa henti..
Kak tie ni cuma suri je, sibuk dgn hal rumahtangga dan kerenah anak2 (semakin besar anak semakin banyak dugaannya).Banyak menimba ilmu dari internet dan blogging.Sekurang2nya dapat pengetahuan dan belajar sesuatu yang baru terutama dari mereka2 yg tinggal di luar negara.
Tie(Quote)
Sama-sama Kak Tie..saya rasa macam pernah melawat sebelum ni. Dan rasanya Kak Tie juga penah bagi komen kat blog saya. Apapun Thank You Very Much.
Saya rasa, masalah mcmni ramai yg alami terutamanya dibandar-bandar besar macam KL. KAdangkala ada yang tak kenal jiran tetangga. Insya’Allah saya yakin, kalau Kak Tie cuba join rasanya banyak manfaat bakal tiba. Cuba memasyarakatkan diri ya.
Bercakap hal surirumah, bagi saya ada baiknya juga seorang isteri jadi surirumah. Banyak masa boleh dihabiskan bersama anak-anak. Sekurang2nya dapat mengelakkan kes-kes spt anak lari rumah.
Teruskan menimba ilmu. Semoga Allah SWT memberkati keluarga anda!
Ibnurashidi(Quote)
?????? ????? ????? ???? ???????
salam hari raya,
rasa makin jauh bila dilafazkan ‘aidilfitri’
pada hal manusia hari ini sudah tidak fitrah, tiada lagi yang benar-benar menghadapkan wajahnya pada fitrah allah, semua ikut kepala masing-masing.
moga suatu hari nanti dengan al-quran dapat mengembalikan manusia kepada cinta allah
PENDEKAR(Quote)
salam. Terasa meriah walau seringkas mana. Sedey kerana kesunyian tapi meriah dilimpahi rezeki dan kunjungan teman2. Syukur…indah sungguh suasana syawal di sana ya??Semoga sentiasa gembira dan ceria di syawal mulia..insyallah..
whitetulip(Quote)
?????? ?????? ????? ???? ???????
Kembali kepada fitrah asal itu adalah sebaik-baiknya. Ikut kepala masing-masing sebab ada macam-macam jenis brand. Ada kepala batu, besi, kayu..semuanya keras belaka.
Semoga Al-quran As-sunnah mengembalikan sunnah Rasulullah SAW yg agung iaitu ad-Deen Kaffah.
Ibnurashidi(Quote)
Salam Whitetulip..
Lama tak nampak?sihat ya?camna raya di Sabah?
Itulah yg saya katakan, kemeriahan kita cuba lakukan supaya tidak terlindung dek kesepian.
Ya Indah, semuanya Indah belaka. Alhamdulillah wa syukurillah:)
Ibnurashidi(Quote)
Baguslah ada aktiviti seumpama itu dijalankan. Bila dah duduk ramai-ramai, tak de la terasa sangat kan sedihnya. Lagipun, boleh jugak dijadikan kenangan bila dah balik Malaysia nanti. Boleh cerita kat anak-anak lagi. Eheh.
A t i Q a h(Quote)
Atiqah…
Kenangan Manis yang sukar dilupakan Insya’Allah..anak pun takda lagi ni:), apapun semoga menjadi satu doa..Aminn Ya Rabb..
Ibnurashidi(Quote)
Nak ubah pattern raya di Malaysia, kena jadi strong..semangat kena kuat..hati kena ikhlas. Sesuatu perubahan yang bakal dibuat, hendak-hendaknya biarlah menuju ke arah yang lebih baik..yang lebih menepati kehendak islam. Tunggu jejaka yang berjubah biru balik ke Malaysia untuk bawa perubahan
. Macam mana? Boleh tak? Controversial? Nak ubah sesuatu yang sudah sebati dalam masyarakat tentu mengundang kontroversi..tentu jadi panas sebab tu la bukan calang-calang orang yang boleh buat perubahan besar dalam masyarakat. Setakat perubahan dalam diri sendiri..mungkin ramai yang boleh buat…
Tirana(Quote)
Salam Syawal. Macamana agaknya takbir raya versi Mesir tu ye? Takbir raya versi M’sia dah dengar sejak kecil lagi..Bila usia menginjak dewasa terasa diri ingin menyambut Syawal dlm suasana sebenar2 ibadah kepadaNya. Khutbah raya negeri PR sudah ada kelainannya..
orangbukit(Quote)
Salam.. Walaupn beraya jauh dr fmily tp still meriah nampknye..hkmah d sblik xdpt rye kt kg,dpt merasai ry kt tmpt org:-) teringn nk tgk org arb smbt raya..
Nur_syahadah(Quote)
salam aidilfitri
kina(Quote)
Tersenyum sendirian bila baca jawapan dari Tirana..
Jejaka jubah biru Insan kerdil lagi hina, terasa jauh mahu ingin mengubah keseluruhan masyarakat umumnya. Namun belum cuba belum tahu bukan?Insya’Allah segalanya bergantung kepada Allah dan kerjasama masyarakat.
Bab kontroversi, teringat saya akan Dr Asri dengan konsep bid’ah yg dibawanya. Akhirnya ditentang oleh masyarakat Islam melayu. Saya melihat, orang melayu ni kebiaasaannya tidak boleh diubah terus melainkan dengan cara berlembut terlebih dahulu.
Cuba tengok pendakyah kristiaan, diorang buat camna?rasanya ramai anak muda terpengaruh dengan Kristian sekarang.
Ibnurashidi(Quote)
Salam Syawal juga buat OrangBukit…
Haa, kalau nak tau versi takbir Mesir tak macam kita. Kita lebih terkenal dengan alunan takbir raya mendayu-dayu. Tapi arab bukan, lagunya lebih tegas dan street bunyinya. Kalau dengar takla rasa sedih:D agaknya sebab kita dah terbiasa dengan alunan mendayu n lemah gemalai itu yg mudah tersentuh jiwa dihari raya.
Maksud khutbah PR ada kelainannya tu lain dari segi apa ya?
Ibnurashidi(Quote)
Salam Nur_Syahadah..
Rezeki dari Allah. Dimana-mana ada “kun fayakun”. Silalah datang beraya mana-mana tanah arab sudah pasti akan terasa kelainannya. Mungkin sekarang ramai yang sudah masuk ke tempat kerja masing-masingkan?atau still ada rumah terbuka diMalaysia?
Ibnurashidi(Quote)
semoga kita berkesempatan utk bertemu kembali ramdhan yang telah berlalu dan syawal ini.mg diberi seribu rahmat buat kita semua.
hamba_kerdil(Quote)
Ammin Amiin Amiin Ya Rabb..
Diantara Ramadhan ke Ramadhan Allah akan mengampunkan dosa-dosa seandai kita memohonnya. Semoga rahmat itu keseluruh alam..
Ibnurashidi(Quote)
Khutbah raya kali ni ada peringatan jgn ikut pemimpin2 yang buat maksiat dan ulama’ yg pentingkan dunia. Itu kat masjid utama di kpg akak, kat tmpat lain, wallahu’alam.
Masa raya ni tak ramai yg bercerita tntang khutbah raya, byk bercerita hal2 raya yang lain.
orangbukit(Quote)
Bagus sekali isi khutbahnya ya. Buat pengetahuan, di sini jarang dibaca khutbah berunsur politik atau kritikan keras kerana undang-undang sini agak ketat. Maklumla negara undang-undang darurat.
Mungkin tak ramai bercerita sebab time khatib baca khutbah pakat tido kot:)
Ibnurashidi(Quote)
assalamualaikum..
sy trnampak seseorg brjubah biru, bersongkok johor dan bersampin keemasan..
ust ke tu?
posting kali ni agak berbunga bunga..intro je dah gah..xnk cuba buat novel?
hari raya di sana pun byk yer aktiviti? nmpk sgt2lah meriah suasana SANHARA..xnmpak speaker nyer meletup, tp satu bait izzah ya meletup dek kemeriahan SAMHARA..
program SAMHARA ni anjuran siapa ya?
Selamat berpuasa sunat syawal..
” Daripada Abi Hurairah r.a., Dari Nabi s.a.w. katanya : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian di ikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun “.
( H.R.Muslim )
-awrapurnama
Anonymous(Quote)
Wa’alaikumsalam Awrapurnama…
Nampaknya anda masih tidak dapat mengenali penulis. Bagus..semoga ianya tidak dikenali:)
Sekali sekala jadi bunga apasalahnya, asyik jadi tebuan saja:D
Belum ada idea menarik untuk dibukukan menjadi Novel. Insya’Allah gai ba’din.
Speaker meletup ada, saja tak nak tunjukkan. Bimbang terkejut pula. Anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 6 DiBulan Syawal!
Ibnurashidi(Quote)
bismillah..
yg nmpk smart2 tu penulisnya la tu..kenal2..
owh brjenaka yer..
yep..novel versi ibnurashidi..mg berjaya mghasilkan novel yg mmpu mmbagnkan jiwa2 yg ketandusn ilmu..
jgn xtahu sy mmg mnt mmbaca novel..jujur,bg sy, ayat2 tulisn akh ada gaya2 novel..cm byk lg perlu bljr, itupun lau akh mmg btl2 nk buat novel..pendek kata, kalau buat novel mmg beres lah (inshaALLAH)..
apa kata kalau prgkat awal ini buat cerpen..siapa th..walLAHUa’lam..
-awrapurnama
Anonymous(Quote)
Wahh, nampaknya tekaan anda belum tepat. Kerana saya bukanlah tergolong dalam golongan mereka-meraka yang Smart.
Insya’Allah, tercetus idea tu dah lama. Cuba jari jemari dan kerahan minda belum digerakkan. Banyak komitmen lain perlu diselesaikan sehingga tidak sempat utk menambah kerja. Lagipun sekarang kuliah sudah pun buka. Urusan perlu diselesaikan.
Saya akan cuba nanti:)
Ibnurashidi(Quote)
alah..apa susahnya..ust ni pkai speck
dia jd ajk samhara..bleh agak2kot sapa
Anonymous(Quote)
Cuba susahkan supaya tidak dapat mengagak:)
Syukran..
Ibnurashidi(Quote)