Header image

Kejamnya Manusia Itu!

Posted by Farid Rashidi in Aktiviti | Diari Penulis | Tazkirah
Selesai mengerjakan solat terawih di Masjid Syoubra Qas pada malam itu, kami seterusnya dibawa oleh Ammu Amir ke rumah salah seorang sahabatnya. Rumahnya terletak di hadapan Masjid yang kami solat. Pokok-pokok tamar menghiasi jalan kecil melengkapi sebagai sebuah daerah terletak di tanah arab. Terdapat juga rel keretapi menghala ke Mahattah Tanta merentasi perkampungan tersebut. Sawah terbentang menjadikan suasana mata bertambah segar dengan kehijauan tumbuhan walau disaluti zulumat malam. Namun terbias sedikit cahaya pantulan neon jalanan.

Pada entri sebelum ini saya ada menceritakan kehadiran kami ke Majlis Anak-anak yatim di perkampungan Shoubra Qas. Sebagai kesinambungan cerita tersebut, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan penceritaan salah seorang bekas tahanan penjara Guantanamo Bay yang dizalimi dengan kejam. Merasa terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat tersebut kerana ianya melibatkan isu global. Bukan sahaja masyarakat umat Islam mengkutuk penderaan dan kekejaman di penjara Guantanamo Bay malahan masyarakat barat juga turut memprotes tindakan tersebut. Ini menunjukkan bahawa akal yang waras tidak akan menerima kekejaman ke atas manusia membabi buta. Sama sekali tidak!

Melakar Satu Memori Dalam Suatu Pertemuan

Ketika kami sampai kerumahnya, kami menerima layanan begitu baik dari anak lelakinya. Dipersilakan masuk ke kamar utama. Sofa empuk dan kerusi tilam menjadi perhiasan biasa dikalangan masyarakat Mesir itu kami penuhi. Sebentar kemudian muncul seorang lelaki berusia setengah umur berkerusi roda dari sebalik pintu. Ditolak oleh anaknya. Ammu Amir memulakan bicara pada malam itu. Sebagai permulaan bicara, beliau memperkenalkan kami akan seorang lelaki tadi.

 Syeikh Samin berkerusi roda…

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

27 Responses

  • sahabat_islam says:

    salam..
    semoga akan tertegak kembali daulah Khilafah yang mana ianya adalah perisai bagi umat..darah umat islam yang kini diaanggap murah seperti sirap oleh kuffar la’natullah akan kembali dijaga oleh sang khalifah.Benarlah kata nabi..Sesungguhnya Imam/khalifah itu adalah perisai,umat berperang dibelakangnya,dan umat berlindung dengannya..

      (Quote)

  • hikmatun says:

    Assalamu’alaikum w.b.t… cantik sekali tulisan akhi Ibnu Rashidi, alhamdulillah. Dan semoga kita dapat bezakan mana orang kafir yang memusuhi Islam dan mana kafir yang ada hati perut.

    Kesimpulan ringkas yg saya dapat buat di sini, di dunia sekarang ada ramai musuh Islam, dan yang utama sekali perlu diperhatikan ialah Illuminati yang bergerak dalam banyak pertubuhan2 secara rahsia dan terang. Dan di sana juga ada manusia2 yang masih belum beriman yang perlu kita dakwahkan, kerana di lubuk hati kecil mereka ada kebaikan.

    InsyaAllah sama2 kita gunakan ilmu dan iman dalam berdakwah, dan bukannya banyak menggunakan emosi. Ada golongan yang menunjukkan emosi merata2 dan itu lah yang boleh memburukkan Islam dan menampakkan bahawa orang Islam tidak beradab dan sebagainya. Ud’uu ila sabiili robbika bil hikmah. Payah jugak kan nak berhikmah? hehe

    Itu la yg sama2 kita perlu ingat2kan sesama kita dan perlu tambah2 ilmu. Semoga Allah membantu kita tetap di jalanNya, amiiin.

    Ambe dh add link ke blog anta ya Ibnu rashidi, jom tukeran link :) Ila lliqo’ insyaAllah …….

  • Tirana says:

    Orang kafir selama-lamanya akan memusuhi Islam. Mereka bertindak secara kasar dan secara halus untuk menyiksa kita umat Islam. Secara kasar ialah seperti yang Ibnurashidi ceritakan di atas tapi yang dibimbangkan ialah secara halus, mereka meracuni pemikiran kita dan anak cucu kita hingga menyebabkan aqeedah kita terpesong. Itulah matlamat mereka, ingin melihat kejatuhan Islam.

  • Ibnurashidi says:

    Salam Sahabatku..

    Apabila perisai bagi seseorang itu hilang, mana mungkin dapat menghalang dari ledakan musuhnya. Imam itu wajib bagi umat Islam, kerana itu merupakan penjaga. Penjaga kita. Penjaga dari dihirup sang durjana dengan senang lenang.

    P/S : Terima kasih atas komen, pertama kali komen nampak?:)

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Wa'alaikumsalam Hikmatun..

    Segala puji bagi Allah SWT, segala kecantikkan hanya layak bagiNya. Hamba sekadar menumpang setitis nikmat.

    Illuminati, Zionisme, Kristianisasi, Orientalis diantara musuh yang bergerak didalam selimut. Mereka mengkader pemikiran-pemikiran umat Islam itu sendiri sebagai jarum halus menusuk dijiwa2 kita. Hati-hatilah, tindakan mereka bergerak dalam minda separa sedar.

    Emosi bukan penyelesaian. Bergerak berasaskan emosi semata tanpa metode sempurna hanya bermain dialam khayalan. Tidak berpijak pada bumi yang nyata. Ramai melaung-laungkan slogan perjuangan, namun umpama tin kosong. Bunyi lebih isinya tiada. Perlu sama-sama kita isi. Supaya hasilnya ada susu manis spt F&N, Nespray dll.

    Insya'Allah, sesiapa saja boleh bertukar link dgn saya. Silakan. Semoga ada kebaikan:)

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Benar Tirana..Kekejaman secara kasar itu pedih, yang halus juga pilu. Kedua-duanya punya tusukan yang sama. Beza hanya dimata, dihati tetap sama.

    Ramai diantara kita memekakkan telinga, menutup mata, membisukan mulut melihat penghinaan demi penghinaan. Rogol, Cabul, Rompak, Bunuh, Siksa dan pelbagai jenis perbuatan luar batas pemikiran dilakukan oleh kaum kafir..

    Ingatlah bulan Ramadhan hadir punya maksud utk difikir..kenapa berlapar?kenapa mengeluarkan zakat?

      (Quote)

  • Nur_syahadah says:

    Salam.. Jhatnye manusia yg b’gelar kafir ni.. Memg melampau.. Smga Allah m’bls perangai bruk2..

      (Quote)

  • Anonymous says:

    salam
    semoga tabah dan sabar hadapi semua dugaan di dunia ni..
    Allah sentiasa bersama dgn org yg sabar kan..:)

      (Quote)

  • orangbukit says:

    Salam.
    Sedih & geram melihat & mendengar kisah2 tahanan di Guantanamo Bay. Mereka mendabik dada memperjuangkan & menjuarai hak2 asasi manusia,tapi mereka jg yg menghancurkan.

    Kamunting pun sama. Semoga ahli keluarga tahanan ISA terus berdoa & bersabar dgn mehnah dunia ini. Sedih, pilu mengenangkan anak2 beraya tanpa bapa, isteri tanpa suami, bertahun-tahun terpenjara.

    Semoga kita tidak termasuk dlm golongan mereka yg menyokong & mendokong kelompok yang zalim ini, directly or indirectly, dulu, kini & selamanya..

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Salam Nur Syahadah..

    Memang jahat, mereka tak layak dipanggil manusia lagi. Jika manusia masakan berperangai seperti binatang malah lebih teruk lagi.

    P/S : Selamat Hari Raya Maaf Segalanya.

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Na’am..Innallahha ma’assobirin..Allah bersama orang2 yang sabar. Teringat kisah Bilal bin Rabah disiksa demi pertahankan Islam, Ammar bin Yasir turut mengalami nasib yang sama.

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Orang Bukit..

    Hebat dimata dunia mengatakan mengamalkan kebebasan, memperjuangkan freedom, bermcam2 lgi slogan anti keganasan. Namun hanya sekadar omong kosong.

    Tidak tahulah, macammana balasan yg Allah SWT akan berikan kepada mereka yg menzalimi insan tak berdosa. Ingatlah, doa org yang zalim itu direct terus kepadaNYA.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri OrangBukit:)

      (Quote)

  • orangbukit says:

    Sdr Ibnu Rashidi,
    Ada correction on your comment. “doa org yang dizalimi (mazlum) itu direct terus kepadaNYA.”
    Wallahu’alam.

    Selamat Hari Raya 2u2.

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Owh..terima kasih banyak2 ya saudara..terlepas pandang pula. Ya, doa orang yang dizalimi bukan zalim. Alfu Syukran!!teruskan memperbetulkan keadaan:)

      (Quote)

  • hikmatun says:

    Salaaam . hehe biasa lah tu, manusia mana yang tidak lari dari buat silap, x begitu ya akhi.

    MMm terima kasih atas info anta pasal orang2 Arab makan makanan untuk jadi incredible HULK tu hehe. Baru saya tahu, nampaknya kena amal tuu. Terawih bulan ni pn x full tiap2 malam 20 raka’at ih ih ih, badan x rock la punya pasal. Kena kuatkan balik badan ni. Terima kasih sekali lg ya akhi, jazaakallahu khoirol jazaa’ :)

    Salam.. Smoga amalan kite d trme n smga yg zalim akn m’dpt blsan setmpal.. Slmat hari raya jgak wt penulis.. Maaf zahir batin ek :)

      (Quote)

  • Nur_syahadah says:

    Em,rasenya xpuas je bce cerita thanan tu. Lain kali blhla penulis smbg lg ek.. Utk merasai pendrtaan umt islam yg kte xtau slma ni. Utk keinsfan diri jgak.. Tq for every informtion..

      (Quote)

  • kawaii_desu says:

    salam,
    Tak sanggup nak melihat…
    semoga Allah memberi hidayah ke atas mereke..

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Wa’alaikumsalam Hikmatun..

    Betul, setiap manusia tidak dapat lari dari kesilapan. Silalah teman-teman perbetulkan yang mana silap ya:D

    Insya’Allah..nanti ana cuba senaraikan ubat-ubatan herba yang famous di sini. Makanan tu penting tapi sebaiknya secara besederhana..bimbang terlebih jadi HULK pula:)

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Salam NUr_Syahadah..

    Semoga doa enti dimakbulkan..aminn Ya Raabb..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri juga ya..pengunjung yang budiman akan ana bagi kad raya nanti Insya’Allah:)

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Kawaii_Desu..

    Itulah, sedangkan mata juga tidak sanggup melihat perbuatan itu inikan pula mahu melakukan sebegitu. Allah SWT Maha Adil.

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Nur_Syahadah..

    Terima kasih, alfu syukran, thank you kerana sudi membaca dan memberi komen. Insya’Allah ada kisah akan ana sampaikan buat kalian. Semoga Allah SWT memberkati kita. Kalau nak copy paste pun tak da masalah..dipersilakan:)

      (Quote)

  • Sophia says:

    Ummm…I don’t understand anything on this site..but I would like to leave a comment and write about it on my custom written papers.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge