Header image

Berlabuhnya Tirai PMHK 2008

Posted by Farid Rashidi in Aktiviti | Diari Penulis
  
Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan ( PMHK ) yang berlangsung selama 4 hari bermula 16 Ogos sehingga 19 Ogos baru sahaja melabuhkan tirainya. Jikalau pada tahun lepas, AMIND menjadi sebutan untuk program mega PMRAM. Akan tetapi pada kali ini penggunaan nama PMHK kembali menjadi  fokus utama dan tujuan. Segala puji bagi Allah SWT yang mengaturkan segala perancangan, alhamdulillah pergerakan program berjalan lancar walaupun muncul beberapa masalah teknikal namun harus di muhasabahkan jua demi kelangsungan program tersebut pada masa mendatang.

Belum pun penat merehatkan diri setelah pulang dari mengikuti Jaulah Ekspedisi ke El-Fayoum saya terus bergegas pulang ke Tanta pada hari jumaat ( 15 Ogos ) untuk bersiap-siap pula ke Kaherah ibu kota metropolitan Mesir untuk menghadiri program tersebut. Memandangkan beberapa komitmen perlu diselasaikan, masa tidak boleh dibuang begitu sahaja. Sekali lagi pada tahun ini, furu

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

15 Responses

  • Anonymous says:

    :) salam…aktiviti yg sgt2 menarik..kat malaysia pun x buat mcm tu..kalau ade pun time skolah dulu..teringin jgk nak join, tp mmg xde peluang la..:|

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Salam..syukran org penang..

    Sebaiknya dekat Universiti n Kolej pun adakan juga terutama program Ilmiah sebegitu supaya tidak leka dengan hedonisme melampau. Tak gitu?

    Insya’Allah, kemungkinan lusa akan diadakan perhimpunan pelajar sedunia turut membentangkan kertas kerja ilmiah..

    DiMalaysia dengar khabar akan diadakan sambutan kemerdekaan diambang ramadhan juga?mencemar imej Islam..

    Bagi saya, Malaysia belum merdeka hanya nama saja..segalanya masih terjajah..selagi Islam belum tertegak selagi itu tidak akan terbebas belenggu kuffar..wallahua’alam

      (Quote)

  • mal says:

    mcm mane smbutan kemerdekaan di ambang ramadhan boleh mencemar imej Islam?cube terangkan..

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Baik, apa yang saya maksudkan sambutan kemerdekaan di ambang boleh mencemarkan imej Islam itu ialah kerana bila tibanya malam kemerdekaan apa yg berlaku?seperti yang sedia maklum, setelah detik jam 12 akan diadakan konsert hiburan sehingga ke subuh. Berlaku ikhtilat ( percampuran ) antara lelaki perempuan secara bebas, zina, minum arak, terkinja-kinja sana sini, gejala mat rempit berleluasa dan pelbagai lagi karenah sosial yang menyakitkan mata memandang memedihkan telinga mendengar, memeningkan otak berfikir.

    Jadi hasil dari semua yang berlaku, adakah wajar perkara ini tidak mencemarkan Islam?

    Ramadhan disambut umat Islam yang lain dengan gemberi kerana dapat berbuat ibadat sebanyak mungkin, merebut malam Lailatul Qadar namun kita menyambut dengan Majlis kemungkaran seperti itu. Kalau di Mesir umat Islam menyambut kedatangan ramadhan dengan baik sekali, meriah dibuatnya.

    Maksud belum merdeka ialah belum merdeka dari pemikiran kuffar, hanya merdeka pada perang fizikal. Itu lebih merbahaya..

    Faham maksud saya?:)

  • naz ilyn says:

    Salam ziarah..

    Saya setuju dengan Ibnurashidi…menyambut kedatangan bulan ramadhan sepatutnya lebih dihayati dari diambang merdeka.

      (Quote)

  • naz ilyn says:

    Salam ziarah..

    Saya setuju dengan Ibnurashidi…menyambut kedatangan bulan ramadhan sepatutnya lebih dihayati dari diambang merdeka.

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Terima kasih kerana berziarah..

    Sememangnya kenyataan diatas bukan rekaan tetapi hakikat alam realiti. Semoga dengan kesedaran ini memberikan kita sedikit kefahaman untuk menghindar diri. Dengar kata juga akan ada konsert Avril LAvenge?haii..apa sudah jadi negara Islam..

      (Quote)

  • Tie says:

    Hmm..harap2 sambutan kemerdekaan kali ini diadakan dgn rasa bersyukur dan majlis2 yang menginsafkan,kerana negara bertuah ini masih lagi aman jika dibandingkan dgn negara islam yang dijajah itu..

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Harapannya begitu juga Tie, namun disamping bersyukur kita juga perlu menginsafi dan mengasihani umat Islam yang lain. Semoga bukan sahaja kita dapat bersyukur dengan aman, mereka juga begitu.

    Apalah ertinya menyambut kemerdekaan jika jiwa kita dan mereka tidak merdeka. Kesedaran terhadap penjajahan pemikiran dan saraf harus diberi penekanan supaya tidak alpa dengan “merdeka” gelaran British.

      (Quote)

  • Mak Su says:

    wah.. nyanyi nasyid jugak ker? jadi vokalis ker?

      (Quote)

  • Ibnurashidi says:

    Takla Mak Su, bukan vokalis tapi percussionist ala yang main alat muzik kat belakang tu:)naik pentas ketuk je memanjang sampai selesai lagu..

      (Quote)

  • suara says:

    Salam farid,

    Kak su singgah sat masa lunch ni… farid apa khabar?

    Nasi ayam mesir… macam rupa nasi ayam seksyen 11 Shah Alam je… Memang sedap. hehe

    Merdeka yg belum merdeka… kitakah itu? Rasanya merdeka yg benar-benar merdeka ialah bila kita mati kot. Merdeka dari godaan syaitan, merdeka dalam tanggungjawab yg harus dipikul dan dilaksanakan… tapi merdeka masa tu tak dapat dan tak patut diraikan (kalau pun nak rai… macam mana erk? hehe) sbb kita perlu dihisab utk pastikan merdeka kita dimana…. kalau syurga, bolehlah kata merdeka. Tapi kalau neraka…? Tak kan merdeka jugak kot? Terpenjara dan terseksa ada la…

    Sambutan merdeka di Malaysia. Teringat kata-kata Ustaz Ridzuan Tee, Sabtu lepas dlm Bicara Ad-Din di masjid Shah Alam. Katanya, kita terlalu mengikut Barat yg menyesatkan. Merdeka mengikut cara Islam sepatutnya disambut bila masuknya waktu maghrib sbb itulah permulaan hari dlm Islam bermula, bukannya pukul 12 mlm.

    Dan seperti kata Farid, sambutan merdeka selalu di sambut dgn segala bentuk kemusnahan akhlak. pukul 12 tu lah konsert tgh hangat. Kalaulah mrk boleh rasa hangatnya api neraka, pasti tapak konsert tu kosong-sekosongnya…. Memang menyedihkan. Mrk mampu berjaga dan berpesta sehingga pagi… sedangkan waktu tu lah, waktu yg paling afdhal utk berdoa.

    Apapun, biarlah kita sambut dgn cara kita…. tahajjud dan sujud syukur dan atas nikmat yg Allah bagi semenjak negara kita merdeka. Doakan agar masyarakat kita akan merdeka dari segala pemikiran dan pengaruh buruk yg merosakkan.

  • ibnurashidi says:

    Salam juga buat kak su..

    Alhamdulillah sihat sejahtera hendaknya..Kak Su pula?

    Yer, mungkin sama rupanya tetapi tidak serupa rasanya..Sedap masakan diMalaysia mungkin berbeza sedapnya masakan disini. Semua rezki Allah itu sedap belaka:)

    Kak su sebut pasal Ust Ridzuan Tee teringat ttg pertolongan beliau ketika mula2 nak datang Mesir. Trime kasih tidak terhingga kepada beliau semoga Allah memberikan ganjaran setimpal.

    Ingin merdeka?bebaskan pemikiran dari belenggu sistem kffur, bebaskan jiwa dari kongkongan barat, bebaskan negara Islam dari penajajahan Imperislme Yahudi, bebaskan diri dari mengikut nafsu dan syaitan. Peringatan buat diri dan semua.

    Semoga Allah menjahanamkan musuh2nya. Saya doakan semoga konsert merdeka dibatalkan. Ameen.

      (Quote)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge