Shalalat, El-Fayoum

Lebih kurang jam 12 tengahari kami tiba di Shalalat. Ia merupakan destinasi pertama kami ketika sampai di El-Fayoum. Namun, hasil menggunakan undang-undang darurat semenjak era peperangan Mesir VS Israel menyebabkan urusan perjalanan kami ke sini sentiasa terkongkong dan terikat pelbagai ketetapan oleh pihak keselamatan. Kami di kawal oleh sebuah trak polis bersenjata dan seorang anggota polis turut bersama kami dalam bas.

Batu petunjuk jalan di simpang tiga menuju ke Shalalat dan gambar padang pasir terbentang…
Sekali lagi saya terasa kagum apabila melihat keindahan dan kepelikkan. Apa tidaknya, setelah merentasi berjam-jam padang pasir muncul pula Shalalat ( Air Terjun ) ditengah-tengahnya. Dihiasi rimbunan pokok-pokok Pyprus ( Pokok Pyprus merupakan pokok yang digunakan semenjak zaman Firaun untuk membuat kertas ) disekeliling Shalalat tersebut membuatkan jiwa tenang melihat walau panas membahang terasa membakar kulit menyala. Ia berdekatan dengan Sungai Nabi Yusuf A.S. dan Tasik Qarun.

Punca air terjun ini adalah dari Sungai Nabi Yusuf A.S dan Sungai Nil. Kami hanya diberi masa selama 1 jam 45 minit oleh

 

12 Responses to “Ekspedisi Jelajah Fayoum 2008 ( Bahagian 2 )”

  1. Tirana says:

    Salam Ibnurashidi..

    Jauh perjalanan..luas pemandangan..tambah pengalaman..bertambah kukuh keimanan..insyaAllah..  (Quote)

    ReplyReply
  2. Ibnurashidi says:

    Wa’alaikumsalam Tirana…

    Luas pandangan dalam ketenangan, memberi erti dalam kehidupan, buat bekalan sepanjang zaman, terus berkongsi teman dan taulan, semoga senantiasa dalam lindungan Tuhan, itu yang kita harapkan..Insya’Allah:)  (Quote)

    ReplyReply
  3. al-ikhsan says:

    salam ukhuwah buat tuan punya blog!XD

    subhanallah, pertama kali dapat tengok keindahan bumi mesir secara ‘live’..subhanallah2..tak terungkap pula kata nak menggambarkan keindahannya..

    siapa sangka ada air terjun juga di tengah padang pasir ye..dengan kincir anginnya lagi..subhanallah..betul2 terasa seperti masih lagi dalam zaman kegemilangan islam..:D

    muga suatu hari nanti diberikan juga kesempatan untuk melawat bumi anbiya, insyaAllah..hehe  (Quote)

    ReplyReply
  4. Ibnurashidi says:

    Salam ukhuwah juga buat Al-Ikhsan..ukhuwahfillah abadan abada Insya’Allah..

    Itu baru secalit pemandangan dari seribu keindahan..kita cuba gali sebanyak mungkin untuk tatapan bersama..biiznillah..

    Minta maaf, ada sedikit kesilapan tu. Bukan kincir angin tapi air..dalam hati2 tetap salah lagi. Semoga kegemilangan Islam kembali bersinar lagi..

    Untungnya belajar@merantau ditempat orang..sambil menyelam boleh mandi, minum air dll..:)tak gitu Ikhsan?  (Quote)

    ReplyReply
  5. ana says:

    Assalamu’alaikum.

    Wah.. wah.. menariknya,
    jalan2 teroka sejarah..
    jalan2 santai ilmiah..

    o, ada juga shalalat di padang pasir tu.. subhanallah.. dari gambar yang lain2 pun..

    moga ana dapat ke sana jg satu hari nanti..

    :)   (Quote)

    ReplyReply
  6. Ibnurashidi says:

    Wa’alaikumsalam…

    Jalan-jalan melihat kebesaran Allah..
    Jalan-jalan menghargai sirah..
    Jalan-jalan menambah tsaqafah..
    Jalan-jalan mengerat ukhuwwah..
    Jalan-jalan umpama beruzlah..
    Jalan-jalan mencapai Mardhatillah..
    Insya’Allah Biiznillah..

    Buah mangga buah strawberi,
    Buah tembikai buah jambu,
    Cukup kewangan silalah kemari,
    Semoga bertambah keimanan dikalbu.

    Ada sapa2 nak beli?:)  (Quote)

    ReplyReply
  7. kin hashim says:

    salam…hmmm..menariknya, dpt jalan2 kat bumi para anbiya’ nih….  (Quote)

    ReplyReply
  8. Ibnurashidi says:

    Alhamdulillah, menarik dan tertarik..punya keistimewaan tersendiri..:)  (Quote)

    ReplyReply
  9. syuhada says:

    assalamu’alaikum,

    Alhamdulillah, akhirnya tamat juga kisah pengembaraan yang menarik ini. Dalam masa yang sama, pengolahan ayat serta penyusunan cerita yang agak teratur dan tersusun menambahkan lagi mutu penceritaan..

    Cuma bagi ana, agar gambar pada blog tersebut dijelaskan sedikit. terlalu banyak edit yang dibuat sehinggakan gambar tersebut menjadi sedikit kabur dan kurang jelas.

    Apapun, artikel ini tetap menarik dan mampu menjadi artikel yang terbaik buat enta.

    Moga pengalaman hidup enta ini, dapat dibukukan untuk menjadi rujukan dan peringatan sirah kepad semua.:)  (Quote)

    ReplyReply
  10. Ibnurashidi says:

    Wa’alaikummusalam Syuhada…

    Sama-sama..semoga dapat dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa berkat bimbingan sahabat semua.

    Minta maaf, gambar ada sesetengah terlebih blur jadi agak kurang clear. Mungkin utk lebih jelas klik supaya dapat dibesarkan.

    Insya’Allah, ada rezki ada peluang ada keizinan dariNYA Insya’Allah wa Biiznillah..

    Semoga Blog enti terus maju dan menjadi rujukan Muslimah diluar sana..:)  (Quote)

    ReplyReply
  11. Nur_syahadah says:

    Salam.. Penceritaan yg hbt.m’buatkn sape yg m’bce mengmbara b’sma:)..thniah ibnurashidi..keindhan bumi anbia,subhanallah.rasenye nk je t’bg g cna..xda ke sape2 nk bwkkn..hehe :D   (Quote)

    ReplyReply
  12. ibnurashidi says:

    Salam..

    Tidaklah hebat berbanding ciptaan Allah SWT yg Maha hebat. Insya’Allah sapa2 juga blh datang jika ada rezki.  (Quote)

    ReplyReply

Leave a Reply

CommentLuv Enabled