Warna-Warni Dunia Weblog
Posted by in Fakta UmumBlog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
Istilah “blog” merupakan kata lakur untuk perkataan “web” dan “log” (Web log). “Blog” juga boleh digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian “untuk memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog.”
Takrifan blog diatas saya telah copy dari wikipedia bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pembaca apa itu sebenarnya yang dinamakan
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.


Salam.
Mengapa kak su berblog ya?
Melepaskan apa yang bersarang diminda. Agar jika ada kebaikan, mungkin ia boleh dimanfaatkan bersama.
Andai sebaliknya, andai keburukan yang mendatangi kehidupan, andai tak ada lagi sumbangan yang mampu dicetuskan, mungkin satu ketika nanti kak su akan berhenti.
suara(Quote)
saya berblog sebab nak kongsi ilmu dan pandangan. juga mahu mencari kawan-kawan terutamanya anda…
syam(Quote)
Wa’alaikummusalam Kak su..
Apa khabar?hujung-hujung minggu diMalaysia mesti keluar bersiar agaknya:)
Iya, sememangnya sesuai dengan nama blog kak su..”Suaraminda”. Pembacaan saya terhadap penulisan blog kak su setakat ini ada manfaat boleh diambil. Luahkan apa yang dialami, semoga dengan luahan diminda menghasilkan idea yang bernas, tuntas, kreatif, menarik mampu membawa pembacaan ke destinasi diingini.
Begitu juga saya, seandainya ada kekurangan dalam penulisan entri salah tatabahasanya. Nah, jangan tunggu lama-lama silakan kritik kerana saya sentiasa memberi peluang anda berkata-kata.
Sebagai penambahan, berblog membuatkan saya seperti sedang menjalani sebuah peperiksaan bersubjek BM penulisan karangan. Anda sebagai guru saya untuk menegur kesalahan. Terima kasih semua!
Ibnurashidi(Quote)
Anda juga berhak berbuat demikian Syam. Sila teruskan memberi pandangan anda, ilmu anda, info anda demi kelangsungan memartabatkan budaya membaca dalam masyarakat.
Anda mencari kawan-kawan, saya juga begitu. Maka kita telah diketemukan untuk berkawan. Insya’Allah ukhuwahfillah:)
Ibnurashidi(Quote)
Betul, selain melepaskan apa yg terbuku di dadam blh mengembangkan ikatan ukhuwah… saya setuju… dan blog adalah pendekatan terkini untuk info sharing and ber dakwah juga…
kawaii_desu(Quote)
Betul, selain melepaskan apa yg terbuku di dadam blh mengembangkan ikatan ukhuwah… saya setuju… dan blog adalah pendekatan terkini untuk info sharing and ber dakwah juga…
kawaii_desu(Quote)
Semestinya begitu kawaii_desu. Blog sememangnya banyak manfaat jika digunaka sebaik mungkin. Ada juga blog bertujuan digunakan kearah negatif. Itu kita tak setuju kerana boleh merosakkan masyarakat.
Ibnurashidi(Quote)
Salam…
Akak berblog nie hanya utk suka2 dan mengisi sedikit masa yg terluang & utk menambahkan kenalan (especially dikalangan blogger wanita khasnya, umum tu berkawan dgn semua).
Nak berkongsi ilmu, akak nie ilmu tak setinggi mana so akak sukalah singgah keblog2 antaranya blog Suarahati, Ibnurashidi, Nahwanur, islam terindah & many other blog yg memaparkan entri yg menarik, berinformasi dan banyak ilmu yg boleh diperolehi dari sana..
Akak(Quote)
Wa’alaikummussalam Akak..
Tidak ada masalah, itu pendapat akak. Mungkin dengan berblog dapat menambah rakan terutamanya wanita mungkin menyebabkan akak seronok berkongsi suka dan duka. Asalkan tidak melanggar syara’.
Itulah tandanya org yg tidak bodoh sombong, bila kita tidak tahu kita mencari org yg lebih tahu:)..ana pun masih mencari ilmu, tak hebat mana pun akak.
Teruskan perjuangan Akak yer..
Ibnurashidi(Quote)
Salam…
(
Dari yang zidni perhatikan, blog yang berbentuk negatif lebih dikunjungi dari blog yang berbentuk thaqafah dan ilmiah… tak der ke kite terfikir care untuk atasi perkara ni yer? Sebab, hatta student U sendiri pun tak ramai yang nakkan ilmu ni, ramai nak enjoy jer.. dah dapat wireless percuma, surf internet 24 jam tapi tak dpat manfaat yang sepatutnya boleh dapat.. sedih la macam ni…
zidni(Quote)