Ketika berlangsungnya Program tersebut saya telah ditaklifkan sebagai Timb.Ketua Penyiaran & Fotografi telah mendapat pelbagai pengalaman baru bekerja bersama-samam rakan yang lain. Selain itu, kami juga ada mengadakan Slot bersama Dj ketika Grand Bazar dibuka dan mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung yang hadir memberikan ucapan kepada teman-teman. Disamping itu, saya juga pada tahun ini cuba menceburkan diri mengambil tender berniaga untuk Grand Bazar dengan menjual Nasi Bukhari dan Nasi Minyak. Satu lagi pengalaman baru saya perolehi ketika berniaga di sini dan menambah lagi kesibukan sepanjang 5 hari Eminent dijalankan. Walaupun penat, tetapi terasa gembira dan berpuas hati dengan acara yang dianjurkan DPMT pada kali ini.
Insya’Allah pada lain pertemuan saya akan siarkan gambar-gambar sekitar Emenint’08 baru-baru ini buat tatapan rakan-rakan terutamanya yang berada di Malaysia. Pada akhir malam penutup, acaranya juga boleh dikatakan agak menarik dan Dewan juga penuh dengan kedatangan pelajar samaada pelajar Azhar mahupun pelajar lelaki dan perempuan dari perubatan Tanta. Kami dihiburkan dengan persembahan Nasyid Tanta, Solo kumpulan Shoutul Amal iaitu saudara Halim, Bacaan Al-Qura’an dari saudara Fahmi AQ, Pentomen, Dikir barat, Silat, Slide Show, Cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Antara VIP yang hadir pada malam itu ialah wakil Amnu Daulah Tanta, dan wakil PMRAM.
Walaupun kadangkala ada di sana beberapa perkara hasil ketidakpuasan hati dan masalah yang dihadapi tetapi itu hanyalah sebagai batu loncatan untuk maju lebih terkehadapan sebagai mahasiswa yang dinamik dan progressif apabila berhadapan medan perjuangan sebenar kelak. Semoga segala gerak kerja yang dilakukan mendapat keredhaan Allah SWT dan menjadi salah satu sebab kita mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT…ameen.
MDFarid
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.







