Selepas itu, giliran Pengerusi DPMT 07/08 pula memberi ucapan alu-aluannya kepada para tetamu yang hadir. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli terutamanya yang telah berkorban pada tahun ini. Apa yang menarik sehingga menyebabkan tetamu gelak besar ialah pesanan beliau ketika ingin mengakhiri ucapan “daging tauzik ambil masak, jangan simpan buat kenangan pula”.
Sejurus kemudian, tepat jam 2:13 petang Presiden PMRAM pula memberikan sedikit ucapan. Sebagai permulaannya ada menyentuh berkenaan kisah Nabi Zakaria a.s yang mana beliau telah merintih kepada Allah SWT kerana ketiadaan anak memandangkan isterinya seorang yang mandul. Nabi Zakaria a.s bimbangkan akan nasib Bani Israel sekiranya tiada pemimpin mewarisinya untuk memimpin mereka. Selain itu, Ust.Hairul Nizam ada memuji slogan raya yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar azhar cawangan Damanhur. Slogan tersebut berbunyi “Tawakkal ; bagi Siti Hajar, Kesabaran ; Nabi Ismail a.s, Pengorbanan ; Nabi Ibrahim a.s”. Diakhir ucapannya beliau memberikan pesanan berguna kepada para penuntut ilmu di Tanta khususnya supaya belajar bersungguh-sungguh mendalami suatu bidang sehinggakan mampu memberikan contoh tauladan kepada masyarakat kelak sebagaimana yang telah dilakukan Ulama’-ulama’ Islam terdahulu antaranya Imam Sayuthi dan Imam Nawawi.
Pesanan kedua ialah supaya ahli-ahli Tanta terus mempertahankan DPMT sebagai wadah PMRAM di Mesir umumnya dan di Tanta khususnya. Seterusnya beliau merasmikan majlis tersebut dengan ummul kitab Al-Fatihah. Acara penganugerahan sijil terus berlangsung selepas itu memandangkan masa tidak mengizinkan untuk berlama-lama.
Sebelum acara jamuan makan diadakan, Ayahanda seorang pelajar Tanta memberikan sedikit nasihat buat ingatan anak-anak Malaysia yang berada di perantauan. Pada jam 3:15 petang, para tetamu disediakan jamuan nasi bersama kari kambing dan unta sebagai juadah santapan tengahari. Sekian, wassalam.
Siberbay, Tanta.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

