Header image

Laporan Program Malam AidilAdha

Posted by Farid Rashidi in Aktiviti | Diari Penulis

Kelmarin bersamaan 18 Disember 2007 bertempat di Imarah Melayu ( rumah penulis ), kamisis Qalyubi sekali lagi menganjurkan perjumpaan bersama-sama ahli bagi mengadakan serta melangsungkan majlis sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Majlis berlangsung pada mulanya dengan menunaikan Solat Isyak berjemaah. Seterusnya majlis di meriahkan lagi dengan alunan takbir raya beramai-ramai dan menggegarkan lagi suasana di malam raya. Sambil menunggu ahli hadir beramai-ramai kami seterusnya mengadakan solat sunat tasbih yang diimamkan oleh Ust.Khairul Anuar diantara wakil exco yang turut hadir.

Alhamdulillah, seramai 40 orang ahli tanta kamsis Qalyubi telah hadir pada malam itu memeriahkan suasana. Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah sempena raya yang disampaikan oleh Ust.Hafiz juga exco yang turut hadir pada malam itu. Beliau ada menyentuh tentang ibadah korban yang dilakukan serta betapa sukarnya ingin menunaikan fardhu haji. Ini kerana, katanya ada mahasiswa yang ingin menunaikan fardhu haji pada tahun ini tidak kesampaian kerana terpaksa berpatah balik akibat masalah tertentu. Dan beliau akhirnya mengakhiri ucapannya dengan menyampaikan salam perutusan dari Presiden PMRAM Ust.Hairul Nizam serta Pengerusi DPMT Ust.Hadiyuddin. Sejurus kemudian, diadakan pula jamuan ringan roti fino bersama kuah kari ayam.

Begitulah serba sedikit tentatif program yang kami adakan semalam. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Sekian, wassalam.

MDFarid
12:25 PM, 19 Disember 2007,

Siberbay, Tanta.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 You can leave a response, or trackback.

10 Responses



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge